Laila Syakira's Site
ENTRY ABOUT LINKS COLLECTION(s) NEWER OLDER +FOLLOW

Bab 3 : Bukan Kerana Rupa

Intan dan Jannah bersetuju untuk mengikuti trip yang dibuat oleh syarikat anak buah Uminya kerana mahu mereka belajar serba sedikit tentang bagaimana menguruskan syarikat. Dua lagi merupakan penasihat dan setiausaha di syarikat itu.

Syarikat D’rose Outfit dan Nick Wilson Exclusive telah berganding sejak penubuhan syarikat pertama Nick di Kuala Lumpur. Datin Roslina percaya bahawa Nick mampu membanggakan Malaysia dengan rekaan-rekaannya dan akhirnya Nick Berjaya membuktikan bahawa dia telah mengharumkan nama negara di beberapa buah negara-negara berpengaruh di dunia. Walaupun Nick baru membuka syarikatnya 4 tahun lalu, rezeki yang Allah turunkan untuk Nick melimpah ruah dan hasilnya syarikatnya bertahan sehingga sekarang.

“Bos, aku dah buat surat dan senarai nama pekerja yang ikut serta bersama pekerja dari syarikat Datin.” Ujar Rami.

“Ok terima kasih. Kau dah hantar surat ni kat syarikat Datin?” Nick tekun membaca surat dan nama pekerja yang ikut serta.

“Dah, semua aku dah uruskan. Tinggal tunggu hari sahaja.” Ujar Rami.

Rami Malik seorang pekerja yang tekun dan bersederhana. Walaupun dilahirkan dari keluarga susah, namun sejak berkenalan dengan sahabat baiknya; Nick sering membantu dia dan keluarganya, dia tidak pernah sekali mengambil kesempatan terhadap kekayaan Nick. Rami hanya memikirkan untuk membalas jasa baik sahabatnya. Rami mengenalinya semasa Nick mencari buku ilmiah di kedai buku berkaitan perniagaan dalam Islam dann ketika itu Nick seperti terpinga-pinga mencari buku tersebut.

“Bagus.. Hehe..” puji Nick

Rami tersenyum.

“So, khamis ni aku nak semua dah disediakan, dan tak nak ada tertinggal mana-mana dokumen penting. Faham?”

“Faham bos Nick. Haha”

                                                ***************

Pada hari yang dinanti, mereka semua berkumpul di KLIA dan akan menaiki kapal terbang persendirian milik Nick. Namun, belum sempat Nick mengenali mereka semua, Intan dan Nick terpandang sesama sendiri.

“Eh, kau yang hampir langgar kereta aku hari tu kan?” bisik Nick di telinga Intan.

“Oi, bagi lah salam. Terkejut aku.” Intan mengusap-usap dadanya kerana Nick terlalu dekat dengan dirinya.

“Kau tu tak beradab sangat. Apa kau buat kat sini ha? Kau ikut aku ye?” Tanya Nick.

Hello, I’m here for business trip ok. My mom asked me so I agreed with her as I’m only her heirs.” Intan separa menjerit.

“Eh, your mom asked you to follow my business trip? Who is your mother?” Nick binggung.

Gadis tomboi didepannya yang hampir melanggar kereta dia adalah waris pemegang saham syarikatnya. Setahu dia, Datin Roslina mempunya seorang anak perempuan yang sekarang sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang pakaian.

What?! Your business trip? This is your business trip? Ya Allah, kenapalah Umi setuju bagi bantuan dengan si lelaki kerang ni?” Intan hampir menjerit kerana terlalu terkejut.

I’m asking you, who is your mom?” Nick semakin binggung.

“Datin Roslina.” Intan menjawab pendek kerana terlalu terkejut.

What??!” jerit Nick.

“Kenapa ni?” ujar Jannah dan Rami serentak kerana terkejut mendengar Nick menjerit.

“Rami, anak Datin tu perempuan depan aku ni ke?” Tanya Nick tak percaya.

“Ye, Intan anak Datin Roslina merangkap kawan baik saya. Saya rasa macam kenal je encik ni, kita pernah berjumpa ke?” Jannah segera memegang Intan kerana melihat Intan semakin hilang pertimbangan diri dan terlihat tangan nya menggengam kuat seperti ingin menumbuk lelaki di hadapannya.

“Rami, aku tanya kau ni, betul ke?” tanya Nick kerana terlalu binggung.

“Ya, dia anak Datin Roslina. Kenapa, ada masalah ke?” Rami semakin hairan, apa kaitan Nick dengan Intan?

“Dia lah perempuan yang nak langgar kereta aku hari tu.”

“Oh, kau lah pemilik syarikat ni? Nick Wilson Exclusive ni kau punya? Kau Nick? Patutlah berlagak dengan kereta kau.” Perli Intan.

Shut your mouth please. Damn!!“ Nick hampir tidak percaya dengan kenyataan yang baru dia dengar.

“Encik, boleh saya bercakap dengan encik sekejap?” Jannah menuju kearah Rami bagi memberi ruang untuk mereka kembali reda.

Rami terpegun melihat Jannah. Walaupun Jannah mengenakan purdah dan jubbah labuh, namun kecantikkan nya seperti bidadari di syurga. Pertama kali Rami melihat gadis seperti ini yang sangat cantik.

“Encik?” Jannah melambai-lambai tangannya di depan Rami kerana melihat Rami seperti patung.

“Oh, ye. Maaf, ada apa ye cik?” tanya Rami dan cuba tidak pandang mata gadis itu kerana terlalu malu.

“Sebelum tu, nama encik?” tanya Jannah.

“Rami Malik, panggil Rami je.”

“Encik Rami, maaf saya bertanya. Bos awak tu namanya Nick Wilson kan? Dia ke pemilik syarikat ni dan dia ke yang anjurkan trip ni?”

“Ya, dia pemilik syarikat ni.”

“Oh, hehe.. Habislah kita nanti jadi mangsa luahan perasaan mereka.”

“Kenapa pula?” Rami hairan.

“Yelah, saya kawan baik Intan. Dan awak mesti kawan baik Encik Nick kan? Mesti sampai UK mereka membebel ketidakpuasan hati mereka pada kita.” Jannah menahan gelak kerana perkara ini sangat biasa bagi dirinya.

“Betul, saya setuju. Sediakan jelah kuali di tepi telinga ye cik…?” tanya Rami perlahan.

“Jannah Karim, panggil saya Jannah.” Jawab Jannah dan pergi meninggalkan Rami.

‘Jannah, syurga. Kau memang bidadari di syurga.’ Bisik Rami dalam hati.

Akhirnya Intan dan Nick berbaik selepas dipujuk kawan baik mereka. Walaupun terpaksa, namun gelagat mereka seperti anak kecil yang berebut mendapatkan gula-gula.

Karya Laila Syakira

Labels: ,


Written by me at 21:45 | 0 Supporter(s)
<$CommentPager$>
<$I18NCommentAuthorSaid$>

<$BlogCommentBody$>

<$BlogCommentDeleteIcon$>
<$CommentPager$>

<$BlogItemCreate$>