Laila Syakira's Site
ENTRY ABOUT LINKS COLLECTION(s) NEWER OLDER +FOLLOW

Bab 2 : Bukan Kerana Rupa

Mungkin aku seorang yang tomboy, namun aku tahu kemampuan aku sampai mana. Tapi kalau dah lelaki ni mencabar aku, memang nak kenalah! Jerit Intan.

“Woi, jantan! Kau apsal ha nak langgar kereta aku? Mata letak kat mana??” jerit Intan .

“E’eh, betina ni. Kau tu yang jalan tak pandang kiri kanan. Main redah je.”

“Intan, sudahlah. Tak elok menjerit ni, awak perempuan. Maafkan kami ye encik.” sampuk Jannah cuba menenangkan keadaan.

“Lain kali ajar kawan awak ni undang-undang dan budi bahasa yang sopan. Tak lah orang fikir dia ni sama spesies macam saya ni.” Sambil menjeling ke arah ku dan segera meninggalkan kami selepas memarkirkan kenderaan nya di sebelah kami.

 “Nasib tahan aku tadi, kalau tak pecah muka dia aku tumbuk. Hish!! Geram betul lah. Mentang-mentang naik kereta Chevrolet dan berlagak dengan aku.” Bengang Intan.

“Sudahlah, benda nak jadi. Tengok, tak calar kan kereta awak? Dah jom. Saya belanja awak aiskrim 20sen biar tak panas lagi, okay?” gurau Jannah.

Kereta hadiah dari Abi dan Umi sempena hari lahir Intan yang ke 25 tahun lalu merupakan kereta kesayangannya kerana ianya kereta pertama Intan. Selepas melihat lelaki tadi hampir melanggar kereta Intan, hampir gugur jantung Intan. Masakan tidak, kalau rosak apa yang perlu dia jawab pada Abi dan Umi nya?
                            *************
“Hish, bengang betullah aku dengan perempuan tomboi tadi. Berlagak! Kalau kau dengan aku tadi, mesti kau bengang Rami.” Nick separa menjerit.

“Apa masalah kau ni? Lepas lunch mengamuk, bawak bersabar sikit.” Rami Malik tertanya.

“Kau tahu, tadi lepas lunch aku nak jumpa client dekat Putrajaya. Masa nak parking minah tu main keluar je. Nasib kereta aku tak apa-apa, kalau tak mati dia nak bayar balik ganti rugi.” Nick semakin bengang.

“Ooo…” Rami malas nak panjangkan cerita.

“Hmmmm.. So, how’s our business trip next month? Did Datin Roslina accept our conditions untuk menggunakan sedikit wang syarikat dia?” sambung Nick.

“Datin setuju dan dia menghantar 4 wakil dari pekerjanya dan salah seorang darinya adalah anak beliau. Datin menyediakan RM40 juta sebagai advance untuk majukan syarikat kau kat UK.” Jelas Rami.

“40 juta? Banyaknya Datin Roslina bagi advance? Kalau amaun ni dicampur dengan wang syarikat kita sebanyak RM40 juta, which means that we already had the buildings dan boleh gunakan untuk beli perabot pejabat. Rest of the money, dermakan untuk anak-anak yatim, rumah orang tua dan OKU. Get it?” ujar Nick.

“Ok, faham.” Rami segera keluar untuk melaksanakan tugasnya.

Nick atau Nick Daniel Wilson merupakan seorang jejaka maskulin dan berjaya. Dia merupakan anak campuran Melayu dan Australia, ibunya Datin Nadia Ahmad seorang suri rumah dan bapanya Dato’ Wilson Rahmat, pemilik syarikat landskap di Australia.

Nick sangat bertuah kerana ibu bapanya sangat menitikberatkan Islam dalam diri anak tunggalnya malah memberinya peluang membuka syarikat miliknya sendiri. Walaupun baru berumur 29 tahun, dia sudah memiliki syarikat rekaan pakaian yang terkenal. Dia tidak berminat untuk sambung belajar kerana dia ingin meneruskan minatnya dalam mereka pakaian. Ibu bapanya sangat memahami dia dan memenuhi segala keperluannya.

Namun, Nick sedikit pun tidak meminta sebarang bantuan dari ibu bapanya. Dia Berjaya mengumpul modal dengan cepat selepas menjualkan beberapa rekaan nya kepada pereka fesyen terkenal di serata dunia. Hasil dari jualan itu, dia berjaya mengumpul modalnya sendiri dan membina syarikat hasil titik peluhnya.

“Rami, kenapa bos nampak marah je lepas lunch tadi?” Tanya Sam.

“Haha.. Perempuan nak langgar kereta kesayangan dia sebab tak pandang kiri kanan. Mana nak nampak kalau kiri kanan kereta parking, ye tak?” gurau Rami.

“Haha…Macam-macam lah bos ni. Eh, Rami. Siapa je yang follow trip dekat UK tu nanti? Aku dengar 5 orang dari syarikat ni dan 4 dari syarikat Datin Roslina? Banyak ke dia bagi duit untuk syarikat bos kat sana?”

“Yup, banyak lah juga. Tu siap advance lagi tau, padahal bos minta maximum RM10 juta je. Haha..” ujar Rami.

“Aku nak ikut boleh? Sebab tadi aku terdengar anak Datin pun ikut.” bodek Sam.

“Nanti aku tanya bos ye siapa yang layak ikut, maybe kau tak layak sebab nak menggatal.” Perli Rami.

Labels: ,


Written by me at 07:12 | 0 Supporter(s)
<$CommentPager$>
<$I18NCommentAuthorSaid$>

<$BlogCommentBody$>

<$BlogCommentDeleteIcon$>
<$CommentPager$>

<$BlogItemCreate$>